Tuesday, January 11, 2011

Conflict of Interest??


Terjumpa Email ni dalam inbox. Email ni ditulis pada 21hb. Oktober 2006. So nak share dengan semua this info. Moga beri manfaat kepada semua.

Untuk makluman, IR. Ahmad Fuaad Kassim telah kembali ke rahmatullah pada 11hb. Januari 2009. Al- Fatihah



Assalamualaikum,

Yg. Berusaha Tn. Hj. Ir. Ashari,
Saya ingin mendapatkan pandangan Lembaga Jurutera Malaysia mengenai amalan yang berlaku di tapak bina bagi sesuatu projek kerajaan/swasta di negara ini.

KES 1
Bagi projek Design and Built , seorang Jurutera Profesional merekabentuk sesuatu pepasangan bagi pihak kontraktor, mengawasi projek tersebut hingga siap dan mengesahkan (endorsement) pepasangan tersebut dipasang mengikut rekebentuk yang beliau sendiri lakukan.

KES 2
Bagi satu projek konvensional, seorang Jurutera Profesional merekabentuk satu projek voltan tinggi dan dilaksanakan oleh seorang kontraktor yang dilantik melalui tender.Selepas pepasangan siap, pepasangan tersebut diuji oleh Jurutera Perkhidmatan yang juga Jurutera Profesional yang merekabentuk pepasangan tadi. Selepas ujian selesai, Jurutera Perkhidmatan/Jurutera Profesional tadi mengesahkan pepasangan adalah selamat untuk diberikan bekalan.

SOALAN
Adakah wujud Conflict of Interest bagi kedua-dua atau salah satu dari kes di atas ?


Saya berpendapat, tidak terdapat Conflict of Interest bagi kedua-dua kes di atas kerana :

Bagi KES 1, Jurutera Profesional memainkan peranan sebagai Designer dan Kontraktor dan dia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas rekabentuk yang dibuat, dipasang, diuji dan ditauliahkan untuk digunakan oleh klien.
Peranan Jurutera Profesional : merekebentuk, memasang dan mengesahkan.
Sekiranya ia mempunyai Sijil Kompetensi, dia juga akan menguji dan mentauliah pepasangan tesrebut.

Bagi KES 2, Jurutera Profesional yang sama memainkan dua peranan yang berbeza di mana peranan sebagai Jurutera Perkhidmatan (yang menguji pepasangan tersebut menggunakan peraturan sedia ada) dan Jurutera Profesional (perekabentuk). Bagi kes 2 ini, klien akan mendapat faedah yang lebih besar kerana sekiranyanya pepasangan tersebut gagal dalam ujian, tidak mungkin Jurutera Perkhidmatan tadi sanggup untuk mengesahkannya pepasangan tersebut.
Peranan sebagai Jurutera Profesional : Merekabentuk
Peranan sebagai Jurutera Perkhidmatan : Menguji dan Mentauliah

Mohon pandangan LJM berdasarkan Code of Ethics atau Amalan Kejuruteraan semasa.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

IR. AHMAD FUAAD KASSIM
No : 6437



--- > jawapan dari LJM telah diperolehi. Walau bagaimanapun, tak terdapat dalam simpanan saya. Seingat saya jawapan LJM lebih kurang sama dengan pendapat arwah. Allahualam...