Wednesday, January 20, 2010

Contoh Skop Kerja: Pencawang Elektrik 11KV di USIM, Bandar Baru Nilai.

Sebagai seorang Jurutera Kanan Elektrik bagi SAFF Consultants, saya telah ditugaskan untuk mengendalikan projek ini dari awal sehingga pencawang tersebut ditauliah dan dimulatugas.

Berikut adalah ringkasan skop kerja yang telah dilakukan :

1. Rekabentuk Awalan
- Mendapatkan saiz beban dari USIM (untuk Fakulti Ekonomi dan Muamalat) dan dari perunding M&E voltan rendah (bagi Pusat Komersil dan Dataran Selera).
- Mengenalpasti skop kerja dengan membuat perbincangan dengan pihak USIM dan perunding bangunan.

2. Rekabentuk Terperinci
- Melakukan kerja-kerja pengiraan bagi mengenalpasti saiz alat suis voltan tinggi, saiz alatubah, saiz kabel serta setiap komponen yang terlibat.
- Mengkaji dan menilai jenis-jenis perkakasan yang terdapat di pasaran untuk dimasukkan dalam tender.

3. Pemanggilan Tender
- Menyediakan dokumen tender yang terdiri daripada lukisan tender, jadual kadar harga serta spesifikasi tender.
- Membuat anggaran harga projek.

4. Penilaian Tender
- Menilai dari segi teknikal kesemua dokumen tender yang telah dihantar oleh kontraktor.
- Membuat laporan penilaian tender dari segi teknikal dan mencadangkan nama kontraktor yang telah berjaya.

5. Kerja-kerja Pembinaan Bermula di Tapak
- Menyediakan dokumen kontrak.
- Menyelia pemasangan di tapak dan memastikan semua kerja yang dijalan oleh kontraktor yang telah dilantik mengikut spesifikasi dan skop kerja sepertimana di dalam kontrak.
- Menyemak dan memberi kelulusan bagi bahan yang dicadangkan oleh kontraktor dan lukisan syop yang dikemukakan oleh kontraktor.

- Membuat kerja-kerja penilaian di tapak serta menyediakan sijil untuk bayaran kemajuan kerja kontraktor.

6. Kerja-kerja Pengujian
- Menghadiri segala pengujian yang terdapat di dalam kontrak (ujian di kilang dan ujian di tapak).
- Memastikan segala ujian yang dijalankan adalah lengkap dan betul serta mengikut prosedur.

- Menyemak keputusan ujian yang dijalankan.

7. Kerja-kerja Pentauliahan
- Memastikan kesemua kerja-kerja yang terdapat di dalam kontrak dilakukan oleh pihak kontraktor.
- Memastikan kesemua dokumen yang berkaitan dikemukakan oleh pihak kontraktor sebelum kerja-kerja pentauliahan dilakukan.

- Menyediakan senarai kecacatan kerja.
- Mencadangkan CPC kepada pihak USIM.
- Menyediakan akaun muktamad projek serta Arahan Perubahan Kerja (sekiranya ada).

- Mengemukakan CMGD kepada kontraktor.