Sunday, December 5, 2010

Kerja-Kerja Pengujian di Tapak


Setelah semua peralatan di pasang di pencawang, kerja-kerja pengujian perlu di jalankan di tapak sebelum PE tersebut boleh ditauliahkan. Ujian –ujian ini adalah untuk mengesahkan bahawa kesemua peralatan elektrik adalah berada dalam keadaan normal dan sudah bersedia untuk dimulatugas.

Berikut pula adalah senarai ujian yang perlu dilakukan di tapak :


Friday, December 3, 2010

FAT


Kerja-kerja pengujian terbahagi kepada dua. Pertama adalah ujian rutin yang dilakukan di kilang (Factory Acceptance Test, FAT) di mana ujian tersebut akan disaksikan oleh pihak klien, kontraktor dan perunding. Kedua adalah ujian di tapak sebelum kerja-kerja pentauliahan dilaksanakan.

Berikut adalah senarai ujian rutin / semakan yang dijalankan semasa FAT :





Tuesday, November 30, 2010

Penyediaan Dokumen Kontrak

Selepas pihak kontraktor dilantik, perunding elektrik perlu menyediakan dokumen kontrak. Berikut adalah antara dokumen yang perlu disediakan:







Sunday, October 10, 2010

Pensuisan


Remote Control Panel (RCP) digunakan sebagai perkakasan untuk melakukan pensuisan. Dengan adanya RCP ini, setiap operasi VCB (ON, OFF) dapat dilakukan pada panel lain yang ditempatkan berdekatan dengan pintu di dalam bilik 11KV Switchgear.

Dengan adanya RCP ini, keselamatan pengendali akan lebih terjamin dan segala urusan pengsuisan dapat dijalankan dengan lebih mudah iaitu dengan hanya perlu menekan butang ON/OFF sahaja.

Tuesday, August 31, 2010

Pemilihan Saiz TX

Saiz TX adalah ditentukan melalui beban.

Kita ambil contoh beban sebanyak 1191KW.




Arus (I) maksimum bagi keseluruhan beban pada voltan rendah adalah :








Untuk mendapatkan saiz TX













Oleh itu parameter TX yang dipilih adalah seperti berikut:





Sunday, August 22, 2010

Kenapa 2no. TX dan Bukan 1?

Kenapa kadang kala pihak perunding merekabentuk 2nos TX walaupun mengikut kiraan hanya 1no. diperlukan. Di antara sebab-sebabnya adalah seperti berikut :
  • meningkatkan kebolehharapan (reliability) sistem - masih boleh membekalkan bekalan elektrik sekiranya salah satu dari TX tersebut rosak
  • memanjangkan jangkahayat TX - hanya 50% - 70%dari keupayaan TX digunakan
  • menampung keperluan beban akan datang
Walau bagaimanapun, semuanya bergantung kepada bajet klien dan sama ada sesuatu pemasangan itu kritikal (contoh: hospital) atau tidak.

Thursday, July 29, 2010

Pemilihan Saiz VCB

Pemilihan saiz VCB adalah bergantung kepada kadaran voltan VCB itu dan arus ketahanan VCB itu membuka litar sekiranya arus litar pintas wujud (short circuit current).
Melalui rumus






Berikut adalah nilai short circuit current yang dikehendaki oleh TNB bagi sistem bekalan elektrik di negara ini :







Oleh itu parameter VCB yang dipilih adalah seperti berikut :


















Saturday, June 26, 2010

Vacuum Circuit Breaker (VCB)

Vacuum Circuit Breaker (VCB) ialah salah satu alat pemutus voltan tinggi (VT). Ciri-ciri yang terdapat pada VCB adalah :

a) Menggunakan vakum sebagai medium untuk mematikan arka semasa kerja-kerja pensuisan dijalankan. Ini akan mengurangkan risiko berlakunya kebakaran.

b) Memutuskan litar dengan selamat sekiranya berlaku kerosakan / litar pintas / arus lampau.

c) Boleh membuka dan menutup litar dalam keadaan biasa dan bila berlaku kerosakan.

d) Mudah dari segi penyelenggaraan.

e) Mudah diperolehi di pasaran.

Pemilihan saiz VCB adalah bergantung kepada kadaran voltan VCB itu dan arus ketahanan VCB itu membuka litar sekiranya arus litar pintas wujud (short circuit current).

Tuesday, June 15, 2010

Pemilihan Kabel Voltan Tinggi (VT)

Pemilihan kabel VT juga bergantung kepada sistem agihan (saiz arus, voltan, bilangan fasa dan susut voltan) serta pepasangan (cara pepasangan dan lokasi kabel). Walau bagaimanapun, kesan susut voltan (voltage drop) tidak diambilkira kerana voltan yang diterima boleh diubah di TX melalui tap-changer.


Bagi sistem VT , pemilihan saiz kabel ditumpukan kepada dua (2) faktor utama :
a) keupayaan membawa arus
b) kapasiti arus litar pintas


Terdapat dua (2) jenis konduktor yang terdapat di pasaran iaitu jenis copper (Cu.) dan aluminium (Al.).


Berikut adalah perbandingan di antara kedua-dua jenis kabel :


Sunday, May 30, 2010

Perkakas Suis Voltan Tinggi (VT)

Perkakas suis VT ataupun juga dikenali sebagai pemutus litar VT merupakan peranti pensuisan mekanikal yang berupaya membawa, menerima dan mematikan arus dalam keadaan normal dan tidak normal yang terkawal (ditetapkan).

Perkakas suis VT diklasifikasikan mengikut medium apa yang digunakan untuk menghilangkan atau memadamkan arka. Terdapat pelbagai jenis perkakas suis di pasaran.

Contohnya Oil Circuit Breaker, Air Circuit Breaker, Gas Circuit Breaker dan Vacuum Circuit Breaker (VCB).

Saturday, April 24, 2010

Alatubah (Transformer, TX)

Alatubah (transfomer, TX) merupakan alat elektrik yang boleh menukarkan voltan dari tinggi ke rendah dan dari rendah ke tinggi pada ulangan yang sama (same frequency).


Terdapat dua jenis TX yang terdapat di pasaran iaitu jenis kering (cast resin TX) dan jenis minyak (oil immersed TX). Pemilihan jenis TX selalunya bergantung kepada saiz serta tempat pemasangan serta ciri-ciri bagi kedua-dua TX tersebut.


Berikut adalah perbandingan di antara kedua-dua jenis TX:

Saturday, March 27, 2010

Rekabentuk Terperinci Untuk Sebuah Pencawang 11KV

Dalam merekabentuk sistem 11KV bagi sesebuah pencawang, terdapat beberapa komponen yang perlu dikenalpasti dah diambilkira. Berikut adalah komponen-komponen tersebut berserta pilihan peralatan yang terdapat di pasaran yang boleh digunapakai dalam sesuatu pemasangan :

1. Punca Bekalan 11KV
- Pencawang Masuk Utama (PMU)
- Stesen Suis Utama (SSU)

- Pencawang Elektrik (PE)

2. Keperluan Beban
- Kehendak Maksimum (Maximum Demand) dalam
a) Kilo Watt (KW)
b) Ampere (A)

c) KVA

3. Pemilihan Perkakas Suis Voltan Tinggi
- Perkakas Suis (Switchgear) – Vacuum Circuit Breaker (VCB), Air Circuit Breaker (ACB), Oil Circuit Breaker (OCB) dan Gas Insulated Switchgear (GIS).
- Ring Main Unit (RMU)

4. Pemilihan Alatubah
- Oil Transformer
- Cast Resin Transformer

5. Pemilihan Kabel Voltan Tinggi
- Aluminium (Al.)
- Copper (Cu.)

6. Papan Suis Voltan Rendah
- LV Board
- Papan suis utama (Main switch board) - MSB
- Sub-Switch board - SSB

- Distribution Board - DB

7. Kabel Voltan Rendah
- Aluminium (Al.)
- Copper (Cu.)

8. Auxiliary Supply
- Bekalan DC
- Bekalan AC

- Bekalan dari Janakuasa tunggu sedia

9. Sistem Perlindungan
- Tx Relay
- OC/EF Relay
- Sistem Pembumian

- Sistem Pelindung Kilat

10. Pensuisan
- Remote Control panel (RCP)

Monday, February 15, 2010

Konsep Rekabentuk

Dalam melakukan rekabentuk bagi sesebuah projek pembinaan, beberapa kriteria perlu diambilkira. Kriteria-kriteria tersebut di antaranya ialah :

1. Kos yang Optimum
- Kos yang diperuntukkan dapat menampung peralatan yang direkabentuk.
- Bersesuaian dengan bajet yang diperolehi dari pihak klien.

2. Kualiti yang Tinggi
- Peralatan yang dibeli tahan lama (sekurang-kurangnya 25 tahun).
- Peralatan yang berkualiti tinggi biasanya mempunyai lebih reliable dan lebih selamat untuk digunakan.

3. Teknologi Semasa
- Teknologinya adalah lebih maju, lebih berdaya saing dan telah melalui R&D yang terkini > peralatan lebih selamat dan lebih tahan lama serta mudah untuk dikendali dan disenggara.
- Mudah untuk mendapat alat ganti.

4. Keselamatan kepada Pengguna / Harta
- Peralatan perlu mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi memastikan ianya tidak membahayakan pengendali. Contoh : sistem interlocking dengan menggunakan castle key.

5. Mudah disenggara
- Peralatan perlu mesra pengguna bagi memudahkan kerja-kerja penyenggaraan dilakukan.
- Mengurangkan risiko berlakunya kemalangan.

- Peralatan perlulah penyenggaraan yang minimum agar kurang contact di antara pengendali dengan alat > kurang risiko kemalangan.

6. Anjal (flexibility)
- Memudahkan pertambahan (extension) beban dilakukan.
- Mengurangkan kos awalan projek : tidak perlu membeli keseluruhan alat.

- Boleh diadaptasikan / ditambah dengan peralatan lain yang mana akan memudahkan lagi penggunaan peralatan. Contoh : pertambahan motor dalam alat suis bagi memudahkan pensuisan

Wednesday, January 20, 2010

Contoh Skop Kerja: Pencawang Elektrik 11KV di USIM, Bandar Baru Nilai.

Sebagai seorang Jurutera Kanan Elektrik bagi SAFF Consultants, saya telah ditugaskan untuk mengendalikan projek ini dari awal sehingga pencawang tersebut ditauliah dan dimulatugas.

Berikut adalah ringkasan skop kerja yang telah dilakukan :

1. Rekabentuk Awalan
- Mendapatkan saiz beban dari USIM (untuk Fakulti Ekonomi dan Muamalat) dan dari perunding M&E voltan rendah (bagi Pusat Komersil dan Dataran Selera).
- Mengenalpasti skop kerja dengan membuat perbincangan dengan pihak USIM dan perunding bangunan.

2. Rekabentuk Terperinci
- Melakukan kerja-kerja pengiraan bagi mengenalpasti saiz alat suis voltan tinggi, saiz alatubah, saiz kabel serta setiap komponen yang terlibat.
- Mengkaji dan menilai jenis-jenis perkakasan yang terdapat di pasaran untuk dimasukkan dalam tender.

3. Pemanggilan Tender
- Menyediakan dokumen tender yang terdiri daripada lukisan tender, jadual kadar harga serta spesifikasi tender.
- Membuat anggaran harga projek.

4. Penilaian Tender
- Menilai dari segi teknikal kesemua dokumen tender yang telah dihantar oleh kontraktor.
- Membuat laporan penilaian tender dari segi teknikal dan mencadangkan nama kontraktor yang telah berjaya.

5. Kerja-kerja Pembinaan Bermula di Tapak
- Menyediakan dokumen kontrak.
- Menyelia pemasangan di tapak dan memastikan semua kerja yang dijalan oleh kontraktor yang telah dilantik mengikut spesifikasi dan skop kerja sepertimana di dalam kontrak.
- Menyemak dan memberi kelulusan bagi bahan yang dicadangkan oleh kontraktor dan lukisan syop yang dikemukakan oleh kontraktor.

- Membuat kerja-kerja penilaian di tapak serta menyediakan sijil untuk bayaran kemajuan kerja kontraktor.

6. Kerja-kerja Pengujian
- Menghadiri segala pengujian yang terdapat di dalam kontrak (ujian di kilang dan ujian di tapak).
- Memastikan segala ujian yang dijalankan adalah lengkap dan betul serta mengikut prosedur.

- Menyemak keputusan ujian yang dijalankan.

7. Kerja-kerja Pentauliahan
- Memastikan kesemua kerja-kerja yang terdapat di dalam kontrak dilakukan oleh pihak kontraktor.
- Memastikan kesemua dokumen yang berkaitan dikemukakan oleh pihak kontraktor sebelum kerja-kerja pentauliahan dilakukan.

- Menyediakan senarai kecacatan kerja.
- Mencadangkan CPC kepada pihak USIM.
- Menyediakan akaun muktamad projek serta Arahan Perubahan Kerja (sekiranya ada).

- Mengemukakan CMGD kepada kontraktor.