Sunday, May 1, 2011
Forms of Assemblies (Part 1)
Saturday, April 16, 2011
VCB Mechanical Operation Checks - FAT
Sunday, March 27, 2011
Papan Suis - Lukisan Syop.. (Bahagian 2)
Tuesday, February 15, 2011
Papan Suis - Lukisan Syop.. (Bahagian 1)
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil sebelum semak lukisan tersebut :
1. Pastikan pengeluar papan suis tersebut adalah pengeluar yang diluluskan. Sebelum proses meluluskan pengeluar tersebut, Jurutera perlu menyemak dokumen yang berkaitan (sijil ST, ASTA, JKR, dsb. - ikut spesifikasi yang telah jurutera tetapkan dalam spesifikasi tender / kontrak
2. Lukisan yang diterima adalah lukisan yang dikeluarkan oleh pengeluar papan suis - bukan lukisan yang di copy paste dari lukisan asal perunding
3. Lukisan yang diterima sekurang-kurangnya bersaiz A3 dan dalam bentuk 4 line diagram - mudah untuk disemak
4. Title Block (TB) perlu lengkap : ada nama projek, nama klien, nama kontraktor dan paling penting nama konsultan
5. Saiz Papan Suis - kena pastikan papan suis tersebut muat dimasukkan dalam bilik suis dengan ruang yang cukup untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan operasi
6. Senarai bahan yang dicadangkan l/d jenama, origin dan model no. - perlu hantar katalog bahan beserta sijil kelulusan dari pihak-pihak berkuasa (ST, JKR, TNB, dsb.) untuk kelulusan perunding
Tuesday, January 11, 2011
Conflict of Interest??
Yg. Berusaha Tn. Hj. Ir. Ashari,
Saya ingin mendapatkan pandangan Lembaga Jurutera Malaysia mengenai amalan yang berlaku di tapak bina bagi sesuatu projek kerajaan/swasta di negara ini.
KES 1
Bagi projek Design and Built , seorang Jurutera Profesional merekabentuk sesuatu pepasangan bagi pihak kontraktor, mengawasi projek tersebut hingga siap dan mengesahkan (endorsement) pepasangan tersebut dipasang mengikut rekebentuk yang beliau sendiri lakukan.
KES 2
Bagi satu projek konvensional, seorang Jurutera Profesional merekabentuk satu projek voltan tinggi dan dilaksanakan oleh seorang kontraktor yang dilantik melalui tender.Selepas pepasangan siap, pepasangan tersebut diuji oleh Jurutera Perkhidmatan yang juga Jurutera Profesional yang merekabentuk pepasangan tadi. Selepas ujian selesai, Jurutera Perkhidmatan/Jurutera Profesional tadi mengesahkan pepasangan adalah selamat untuk diberikan bekalan.
SOALAN
Adakah wujud Conflict of Interest bagi kedua-dua atau salah satu dari kes di atas ?
Saya berpendapat, tidak terdapat Conflict of Interest bagi kedua-dua kes di atas kerana :
Bagi KES 1, Jurutera Profesional memainkan peranan sebagai Designer dan Kontraktor dan dia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas rekabentuk yang dibuat, dipasang, diuji dan ditauliahkan untuk digunakan oleh klien.
Peranan Jurutera Profesional : merekebentuk, memasang dan mengesahkan.
Sekiranya ia mempunyai Sijil Kompetensi, dia juga akan menguji dan mentauliah pepasangan tesrebut.
Bagi KES 2, Jurutera Profesional yang sama memainkan dua peranan yang berbeza di mana peranan sebagai Jurutera Perkhidmatan (yang menguji pepasangan tersebut menggunakan peraturan sedia ada) dan Jurutera Profesional (perekabentuk). Bagi kes 2 ini, klien akan mendapat faedah yang lebih besar kerana sekiranyanya pepasangan tersebut gagal dalam ujian, tidak mungkin Jurutera Perkhidmatan tadi sanggup untuk mengesahkannya pepasangan tersebut.
Peranan sebagai Jurutera Profesional : Merekabentuk
Peranan sebagai Jurutera Perkhidmatan : Menguji dan Mentauliah
Mohon pandangan LJM berdasarkan Code of Ethics atau Amalan Kejuruteraan semasa.
Sekian, terima kasih. Wassalam.
IR. AHMAD FUAAD KASSIM
No : 6437
Sunday, December 5, 2010
Kerja-Kerja Pengujian di Tapak
Setelah semua peralatan di pasang di pencawang, kerja-kerja pengujian perlu di jalankan di tapak sebelum PE tersebut boleh ditauliahkan. Ujian –ujian ini adalah untuk mengesahkan bahawa kesemua peralatan elektrik adalah berada dalam keadaan normal dan sudah bersedia untuk dimulatugas.
Berikut pula adalah senarai ujian yang perlu dilakukan di tapak :


Friday, December 3, 2010
FAT
Kerja-kerja pengujian terbahagi kepada dua. Pertama adalah ujian rutin yang dilakukan di kilang (Factory Acceptance Test, FAT) di mana ujian tersebut akan disaksikan oleh pihak klien, kontraktor dan perunding. Kedua adalah ujian di tapak sebelum kerja-kerja pentauliahan dilaksanakan.
Berikut adalah senarai ujian rutin / semakan yang dijalankan semasa FAT :

