Sunday, March 27, 2011

Papan Suis - Lukisan Syop.. (Bahagian 2)

Setelah semua perkara-perkara yang telah disenaraikan dalam entri sebelumnya selesai, berikut adalah perkara-perkara yang perlu disemak dalam Lukisan Syop yang dikemukakan oleh kontraktor sebelum lukisan tersebut diluluskan oleh perunding :




1. Ketebalan papan suis (2.5mm / 2.0mm atau 1.5mm, dsb.)


2. Kelas perlindungan bagi protection CT (5P10, 10P10, 5P20, dsb.)


3. Kelas bagi measuring CT (Class 1, Class 2, Clas 3,dsb.)


4. Ketebalan bus bar (dengan mengambil kira aliran Arus/sqmm)


5. Sistem pembumian


6. Jenis relay yang dipakai dan kesesuaian (ELR, OC, EF, OCEF, dsb.)


7. Saiz dan KA Rating bagi ACB, MCCB, MCB, dsb.


8. Ventilation bagi papan suis


9. dan perkara-perkara lain yang telah dispesifikasikan oleh konsultan dalam dokumen tender / kontrak




Tuesday, February 15, 2011

Papan Suis - Lukisan Syop.. (Bahagian 1)

Selalunya Jurutera baru akan tertanya-tanya apa yang perlu disemak kalau dapat lukisan syop dari pengeluar papan suis....

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil sebelum semak lukisan tersebut :


1. Pastikan pengeluar papan suis tersebut adalah pengeluar yang diluluskan. Sebelum proses meluluskan pengeluar tersebut, Jurutera perlu menyemak dokumen yang berkaitan (sijil ST, ASTA, JKR, dsb. - ikut spesifikasi yang telah jurutera tetapkan dalam spesifikasi tender / kontrak

2. Lukisan yang diterima adalah lukisan yang dikeluarkan oleh pengeluar papan suis - bukan lukisan yang di copy paste dari lukisan asal perunding



3. Lukisan yang diterima sekurang-kurangnya bersaiz A3 dan dalam bentuk 4 line diagram - mudah untuk disemak



4. Title Block (TB) perlu lengkap : ada nama projek, nama klien, nama kontraktor dan paling penting nama konsultan


5. Saiz Papan Suis - kena pastikan papan suis tersebut muat dimasukkan dalam bilik suis dengan ruang yang cukup untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan operasi


6. Senarai bahan yang dicadangkan l/d jenama, origin dan model no. - perlu hantar katalog bahan beserta sijil kelulusan dari pihak-pihak berkuasa (ST, JKR, TNB, dsb.) untuk kelulusan perunding





Tuesday, January 11, 2011

Conflict of Interest??


Terjumpa Email ni dalam inbox. Email ni ditulis pada 21hb. Oktober 2006. So nak share dengan semua this info. Moga beri manfaat kepada semua.

Untuk makluman, IR. Ahmad Fuaad Kassim telah kembali ke rahmatullah pada 11hb. Januari 2009. Al- Fatihah



Assalamualaikum,

Yg. Berusaha Tn. Hj. Ir. Ashari,
Saya ingin mendapatkan pandangan Lembaga Jurutera Malaysia mengenai amalan yang berlaku di tapak bina bagi sesuatu projek kerajaan/swasta di negara ini.

KES 1
Bagi projek Design and Built , seorang Jurutera Profesional merekabentuk sesuatu pepasangan bagi pihak kontraktor, mengawasi projek tersebut hingga siap dan mengesahkan (endorsement) pepasangan tersebut dipasang mengikut rekebentuk yang beliau sendiri lakukan.

KES 2
Bagi satu projek konvensional, seorang Jurutera Profesional merekabentuk satu projek voltan tinggi dan dilaksanakan oleh seorang kontraktor yang dilantik melalui tender.Selepas pepasangan siap, pepasangan tersebut diuji oleh Jurutera Perkhidmatan yang juga Jurutera Profesional yang merekabentuk pepasangan tadi. Selepas ujian selesai, Jurutera Perkhidmatan/Jurutera Profesional tadi mengesahkan pepasangan adalah selamat untuk diberikan bekalan.

SOALAN
Adakah wujud Conflict of Interest bagi kedua-dua atau salah satu dari kes di atas ?


Saya berpendapat, tidak terdapat Conflict of Interest bagi kedua-dua kes di atas kerana :

Bagi KES 1, Jurutera Profesional memainkan peranan sebagai Designer dan Kontraktor dan dia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas rekabentuk yang dibuat, dipasang, diuji dan ditauliahkan untuk digunakan oleh klien.
Peranan Jurutera Profesional : merekebentuk, memasang dan mengesahkan.
Sekiranya ia mempunyai Sijil Kompetensi, dia juga akan menguji dan mentauliah pepasangan tesrebut.

Bagi KES 2, Jurutera Profesional yang sama memainkan dua peranan yang berbeza di mana peranan sebagai Jurutera Perkhidmatan (yang menguji pepasangan tersebut menggunakan peraturan sedia ada) dan Jurutera Profesional (perekabentuk). Bagi kes 2 ini, klien akan mendapat faedah yang lebih besar kerana sekiranyanya pepasangan tersebut gagal dalam ujian, tidak mungkin Jurutera Perkhidmatan tadi sanggup untuk mengesahkannya pepasangan tersebut.
Peranan sebagai Jurutera Profesional : Merekabentuk
Peranan sebagai Jurutera Perkhidmatan : Menguji dan Mentauliah

Mohon pandangan LJM berdasarkan Code of Ethics atau Amalan Kejuruteraan semasa.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

IR. AHMAD FUAAD KASSIM
No : 6437



--- > jawapan dari LJM telah diperolehi. Walau bagaimanapun, tak terdapat dalam simpanan saya. Seingat saya jawapan LJM lebih kurang sama dengan pendapat arwah. Allahualam...

Sunday, December 5, 2010

Kerja-Kerja Pengujian di Tapak


Setelah semua peralatan di pasang di pencawang, kerja-kerja pengujian perlu di jalankan di tapak sebelum PE tersebut boleh ditauliahkan. Ujian –ujian ini adalah untuk mengesahkan bahawa kesemua peralatan elektrik adalah berada dalam keadaan normal dan sudah bersedia untuk dimulatugas.

Berikut pula adalah senarai ujian yang perlu dilakukan di tapak :


Friday, December 3, 2010

FAT


Kerja-kerja pengujian terbahagi kepada dua. Pertama adalah ujian rutin yang dilakukan di kilang (Factory Acceptance Test, FAT) di mana ujian tersebut akan disaksikan oleh pihak klien, kontraktor dan perunding. Kedua adalah ujian di tapak sebelum kerja-kerja pentauliahan dilaksanakan.

Berikut adalah senarai ujian rutin / semakan yang dijalankan semasa FAT :





Tuesday, November 30, 2010

Penyediaan Dokumen Kontrak

Selepas pihak kontraktor dilantik, perunding elektrik perlu menyediakan dokumen kontrak. Berikut adalah antara dokumen yang perlu disediakan: